Program rakan kongsi dan ahli gabungan Twitch (perkhidmatan)

Pada bulan Julai 2011, Twitch melancarkan Program Rakan Kongsi,[129] yang menjangkau lebih daripada 11,000 ahli menjelang Ogos 2015. [130]

Serupa dengan Program Rakan Kongsi di laman video lain seperti YouTube, Program Rakan Kongsi ini membenarkan penghasil kandungan yang terkenal untuk berkongsi hasil iklan yang dijanakan di aliran mereka. Tambahan pula, pengguna Twitch boleh melanggan saluran penstrim rakan kongsi dengan harga AS$4.99 setiap bulan, sering meruntukkan pengguna akses kepada pelbagai emotikon yang istimewa, hak istimewa di perkhidmatan perbualan langsung, dan pelbagai faedah lain. Twitch mengambil sebanyak AS$2.49 dari setiap langganan saluran berharga AS$4.99, dengan AS$2.50 selebihnya diberi terus kepada penstrim rakan kongsi itu.[131] Walaupun pengecualian dibuat, Twitch sebelumnya mengharuskan calon rakan kongsi mempunyai "purata penonton serentak sebanyak 500+", serta satu jadual penstriman yang konsisten terdiri daripada sekurang-kurangnya menstrim tiga hari pada setiap minggu.[132] Namun, sejak pelancaran ciri 'Pencapaian', terdapat "Path to Partnership" yang lebih jelas dengan tujuan yang dapat dicatat untuk penontonan serentak, tempoh dan kekerapan strim.[133][134]

Pada bulan April 2017, Twitch melancarkan "Program Afiliasi" yang membolehkan saluran yang lebih kecil juga menjana pendapatan, juga mengumumkan bahawa ia akan membenarkan saluran akses kepada tahap langganan berbilang harga.[135][136] Peserta program ini mendapat sebahagian tetapi bukan semua daripada faedah daripada rakan kongsi Twitch. Penstrim boleh menerima keuntungan daripada bersorak dengan Bits yang dapat dibeli dari Twitch secara langsung.[137] Ahli gabungan juga dapat mengakses ciri langganan Twitch, dengan semua fungsi yang sama yang dapat diaskes oleh rakan longsi, tambahan dengan satu emotikon untuk langganan.[138] Pada bulan September 2019, perkhidmatan tersebut mengumumkan bahawa ahli gabungan sekarang akan menerima sebahagian kongsi hasil pendapatan iklan.[139]

Pengiklanan di laman web itu telah dikendalikan oleh sejumlah rakan kongsi. Pada tahun 2011, Twitch membuat sebuah perjanjian yang eksklusif dengan Future US.[140] Pada 17 April 2012, Twitch mengumumkan sebuah perjanjian untuk memberikan CBS Interactive hak untuk secara eksklusifnya menjual iklan, promosi dan tajaan kepada masyarakat umum.[75][141] Pada 5 Jun 2013, Twitch mengumumkan penubuhan Twitch Media Group, sebuah pasukan penjualan iklan dalaman yang baru yang telah mengambil alih peranan CBS Interactive sebagai penjual iklan.[14]

Rujukan

WikiPedia: Twitch (perkhidmatan) http://www.adweek.com/news/technology/twitch-bids-... http://associationsnow.com/2015/01/gaming-gurus-re... http://www.businesswire.com/news/home/201204120054... http://www.cnet.com/news/steve-aoki-to-star-in-twi... http://www.cnet.com/news/twitch-pulls-the-plug-on-... http://www.dailydot.com/esports/twitch-growth-espo... http://www.destructoid.com/eve-online-adds-twitch-... http://www.destructoid.com/new-version-of-uplay-fe... http://www.espn.com/esports/story/_/id/18262358/20... http://www.espn.com/nba/story/_/id/21752221/nba-br...